|
|
| Monday, 3-Sep-2007 09:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DIPLOMASI DUA FREKUENSI..
|
|
petang ahad sedikit cerah 2 hari selepas kemerdekaan ke 50 malaysia, bertempat di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC aku telah menyaksikan satu pertembungan 2 bawaan akar seni.. dengan bayaran akses rm40 untuk menyaksikan jangkaan keputusan apa yang bakal terjadi pabila sebuah kumpulan Wayang Kulit berkololobrasi dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), Kumpulan Wayang Kulit Anak Seri Baju Merah yang berakar umbi dari Machang, Kelantan dengan di terajui oleh Tok Dalang Saupi bin Isa bersama awak-awak yang memacu serunai,gendang ibu, gendang anak dan kepingan-kepingan patung belulang..dan MPO yang di tunjang oleh Matthias Bamert sebagai konduktor pada hari itu...
tiada apa yang boleh digambarkan selain daripada cukup takjub dan mengujakan saya.. terlampau ifiniti untuk intipati nya di luahkan... bayangkan satu medium barat yang sedikit ada perasa ego menjadi mendatar setelah dirumus dengan sulaman teknik timur melayu yang sedikit mellow dan sopan lenggoknya.. bukan kerana untuk melacurkan seni wayang kulit itu sendiri secara terasnya... hanya sebuah kajian dan pembangunan jika kedua-duanya di rojakkan untuk mencari nafas baru.. dan nyata tidak ada salahnya biler aku sendiri dapat merasakan kelazatannya..
berpaksikan kerusi di bahagian penjuru kiri dewan sebelah atas sekali menghadap pentas, satu sudut terbaik dalam lingkungan skala 15 meter untuk kepuasan kanta mata saya melayan persembahan yang julung kali itu...secara keseluruhan lebih dari 3/4 pentas dapat dilihat kecuali tok dalang dan beberapa pemain gendang, hanya peniup serunai, jentera kedua terpenting dalam persembahan wayang kulit jelas kelihatan bersila tertib di sebalik kanvas putih..
persembahan dimulakan dengan para awak-awak (definisi yang terhampir saya rasakan untuk tulang belakang wayang kulit selain tok dalang walapun terma awak-awak lebih tepat untuk penari dalam dikir barat dan sekumpulan manusia yang pergi kelaut dalam sebuah tongkang mencari ikan) berbaris sambil berkaki ayam masuk ke pentas.. posisi di ambil dan sejurus itu peniup serunai berserunai solo dengan hela yang amat panjang diselang seli lenggokkan perubahan key, not dan kod,, seketika itu kesemua pemain bagaikan di program dengan satu suis menyerentakkan adunan muzik dari belakang tirai.. agak lama juga, kiraan saya hampir 15 minit di peruntukkan untuk upacara bukak panggung/pentas, kelaziman yang biasa dilakukan sebelum satu persembahan itu dimulakan.. juga di kenali sebagai baca mentera bagi2 kalangan yang sudah dewasa dengan wayang kulit. lampu digelapkan ketika itu, hanya terpaan cahaya menyuluh dari belakang tirai putih yang menyembunyikan tok dalang dan awak-awaknyer dari penglihatan saya.
Lampu di pasang kembali dengan agak cerah, selang beberapa saat mentera habis di mainkan, sekumpulan manusia berserba hitam masuk perlahan-lahan dari arah kiri dan kanan pentas membawa senjata masing2 seperti biola, cello, double bass, seruling besi, trompet serta trombon.. mengambil posisi masing-masing.
serentak dengan itu Matthias Bamert, konduktor yang bertugas untuk MPO masuk gah dengan sebatang kayu arahan berjalan mampir ke depan pentas, menunduk memberi hormat kepada saya dan penonton lain dan langsung membontoti kami selepas itu utnuk memberi arahan kepada pemuzik2nya..
lantas dimulakan dengan muzik wayang kulit dan disusuli ranum muzik orkestra... agk ganjil pada permulaan sehinggakan pada satu tona suara tok dalang, seperti satu entrance memberi laluan kepada karekter muzik orkestra itu masuk menggauli dan membenarkan kandungan kedua-dua versi itu bercampur aduk sehingga menjadi satu resipi baru!! perghhh...!! kejar mengejar, bersahut-sahutan, keluar masuk, serap-menyerap, kesana-kemari bersama2 dua irama itu berkolobrasi... tapi yang nyata ianya tak menjadi satu, dan saya masih dapat merasakan perbezaan antara wayang kulit dan orkestra..anda cuba bayangkan sebuah kamus terjemahan yang terhasil dari binaan-binaan 2 plot serta sub-sub plot yang berlainan dan berlewanan akar karyanya menterjemahkan segalanya dalam satu maksud yang tiada bentuk,tiada jawapan tapi kita boleh menerima kelogikannya. ianya seperti entiti baru yang memenuhi ruang-ruang atmosfera dewan itu.. struktur melengkung bumbung dewan yang semamang nya banyak membantu memandu irama-irama tersebut berlegar-legar menari kencang mengelilingi kepala saya, berjaya untuk menstatikkan ketujuh-tujuh pancaindera saya memberi sepenuh perhatian kepada persembahan itu, hilang rasa lapar dan bayangan rojak mamak yang saya angankan 2 jam sebelum persembahan bermula seakan-akan menjadi ramuan basi yang saya takkan endahkan jika secara zahirnya rojak itu ada dihadapan saya secara tiba2...seperti di pukau tapi tidak merasa sasau sebaliknya terasa enak yang tak terperi layaknya.. susah nak di maksud kan secara tulisan dan lisan rasanya.. dari kebiasaan wayang kulit yang saban umur kita dengar setidak-tidaknya melalui tv di sahut muziknya dengan alunan orkestra berkapasiti tinggi yang secara dasarnya berpaksikan kepada undang-undang bar, buku-buku nota muzik, susunan irama yang terasa rimas dan terikat dengan peraturan2 ciptaan manusia.. sedangkan wayang kulit tiada undang-undang, tiada kompromi muzik mereka, masing2 dengan peranan masing yang dijiwai dari hati, bayang-bayang patung belulang yang nampak hitam dikontraskan dengan kanvas putih yang terlalu dalam imejnya walhal disebalik tabir kanvas itu ianya adalah belulang yang meriah dengan warna-warna yang dipalitkan kepada permukaannya,...hmm ...HITAM dan PUTIH TETAP INDAH BILA KITA KENAL WARNANYA..kisah penceritaan tok dalang dan penyampaian turun temurun dari genersi terdahulu.. hanya MPO dan Wayang Kulit Anak Seri Baju Merah antara dua tiada tiga, tiada sekatan, tiada persetujuan secara konvensional, terlalu tipikal, terlalu menyerlah radikalnya mencerobohi dan mencabar dasar hukum kreatif.. ketika itu lah saya terasa benar dengan dasar seni iaitu "art is totally subjective" sesiapa sahaja mampu memuji,sesiapa sahaja mampu mencaci dan sesiapa pun mampu berdiam dan membenarkan ianya berlaku..
penceritaan yang lazim dan tersohor dalam wayang kulit iaitu kisah sang hanuman, (menatang beghok berkepala putih), sita dewi (kalu tak silap), baginda seri rama di alunkan lunak oleh dalang saufi bin isa.. Matthias Bamet pula seakan2 mengerti ceritera dongeng itu lembut melentik jari memandu pemuzik-pemuzik di bawah regimnya.. sejarah mungkin tercipta pada hari itu sebagai hari ahad 2september 2007 sebagai saksi, muzik MPO dan Kumpulan Wayang Kulit Anak Seri Baju Merah sebagai yang terduduh dan pihak pendakwaraya, Tok Dalang Saupi bin Isa dan Matthias Bamet sebagai peguamcara dan peguam bela, Dewan Filharmonik Petronas sebagai mahkamah seni malaya, saya dan seorang lagi rakan saya sebagai hakim yang menjatuhkan hukuman... namun tiada hukuman yang mampu saya dan rakan saya jatuh kan pada hari penuh kejutan, kehebatan,tenang dengan langit sedikit cerah mendung (lawo beb langit ari tu).. tiada kata pemutus TIADA KEPUTUSAN HANYA PEMAHAMAN.. kerana percikan optimisma diplomasi itu terlalu kuat getarannya..terlalu relevan...SELAMAT MALAM MALAYA...
nota1* kolobrasi gila ini telah dirancangkan dan dibangunkan semenjak disember 2006 semata-mata untuk dipertontonkan sempena kemerdekaan yang ke 50 malaysia...
nota2* Kumpulan Wayang Kulit Anak Seri Baju Merah adalah kumpulan wayang kulit tersohor dari machang kelantan yang waktu dulunya diterajui oleh Allahyarham Awang Dollah Baju Merah (Pak Dollah) yang pernah menerima BOH Cameronian Lifetime Archivement Award pada 4th Annual BOH Cameronian Arts Awards 2005
nota3* Terima kasih pada Pae pasal sudi join sekali aku tengok show ni, nasib baik tiada adengan kejar-mengejar.. he...he...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Sep-2007 06:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengimejan sistem kerja D200 (pertama kali beraksi bersama)
|
|
* dari lensa nikkor18-135mm+body D200+filter circular polairaiser milik ijam (tangkapgambar.com)
** body D80(milik ijam) + Tamron 17-55mm f2.8(milik aku) sebagai subjek perantara
*** hari yang cerah di jambatan
**** thanx a lot ijam...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 31-Aug-2007 05:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kabar dari putrajaya -peCAHaya episod 02-
|
|
gambar ini didedikasikan khas untuk my late grandfather dengan 3 kuntuman peCAHaya bunga api ni mengingatkan kepada kegemarannya meletopkan bom mercun buatan sendiri di setiap malam raya selepas berbuka puasa pada ramadan terakhir tiap2 tahun... kepakaran yang tiada tandingnya... kalu di masuk competition kat putrajaya ni... kompem menang..
REKOD BELIAU : 1-berjaya menggembirakan anak cucu.. 2-berjaya menaikkan kemarahan nenek saban tahun.. 3-berjaya membuatkan kereta peronda polis datang ke perkarangan rumahnya beberapa kali, tapi tak jadi tangkap karena setelah siasatan di jalankan rupenya ia angkara seorang warga emas yg dihormati penduduk kampung, jadi setiap tahun selepas itu pihak berkuasa hanya memekakkan telinga bila tiba malam raya,,kerana sudah tahu itu angkara pok de ming...
episod ke-02 berjaya,,, cumer angle yang sedikit jauh.. sasaran dari timur laut dalam skala 800meter dari tempat kejadian, sedkit tak best sebab asap pon sekali masuk dalam frame..nantikan susulan peCAHaya episod 03 untuk slot 2hb september... PERMAINAN KERJA API DARI KANADA..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Aug-2007 13:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
MANGSA : illustrator 10.0, photoshop CS2, lemak malboro, awek dari nikon D70s, kenangan kelas En kukubesi dan tunjukajarnye, bayangan pinardy di sebelah (cewwah..) dan surat dari JPA...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Aug-2007 13:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kabar dari PUTRAjaya episod 01...
|
|
bunga-bunga api dari australia.. mmg sedap dilihat... tapi nak balik bangi... ummmaaanggg aiii ... jemmm giler... lenkali naik moto lah ... hee..hee..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 22-Aug-2007 13:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
senda JIWA
|
|
MANGSA : illustrator 10.0, photoshop CS2, lemak malboro,gambo lama dari my late fujifilm s5600,vector2 yang dicilok dari IDN mag, sepasang mata rabak yang bakal lebam kesokkan hari berkerja, pukul 2.31 pagi, dan rahsia alam maya ciptaan tuhan...
MANGSA : illustrator 10.0, photoshop CS2, lemak malboro, awek jepon, radikal fikir, diy vector dari font, brush commad gila dan muka encik taher dalam album gambo2 lama (sebagai penenang jiwa)
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Aug-2007 14:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
teras muzikal sayap kiri malaysia -MEET UNCLE HUSSAIN-
|
|
Meet Uncle Hussain atau dalam b.melayunye Jumpe Pakcik Hussain adalah satu kugiran malaya yang bercorakkan rock progressive dan ada indie di ditu, pertama kali berlegar bermain2 meneroka ruang atmosfera malaysia ketika rilisan demo pertama dalam tahun 2005 (kalau tak silap) di ruang X-Fresh FM dengan lagu HALUSINASI.. terpikat pertama kali dengan vokal vokalisnye (Lan) yang merayu2 dengan high pitch serta menggelegak di hujung suara... lagu yg bagus kerana mengubah pincang halwa telinga aku dengan kebiasaan mood indon..
selepas itu terus dengan sirkit2 gig tempatan yang sedikit suram selepas peristiwa hitam yang menimpa golongan HARDCORE awal tahun 2006, sub plot kepada generasi pemuzik/peminat indiependant muzik.
padahnyer organizer takut2 untuk menganjurkan gig walaupn gig seringan Britpop.. seperti biasa hal black metal terus akhirnya basi tanpa kalam pemutus dari pihak berkuasa.. hanya mag konvensional yang masih lagi menjerit saki baki salakan tah hape2.. suku tahun kedua bermula baik dan Meet Uncle Hussain bersama merancakkan pertumbuhan radikal muzik malaya bersayap kiri... dengan gig/showcase sekitar kl/semenanjung.... mereka antara barisan hadapan (bagi aku la..) dengan Floop poppy dan Butterfingers serta Nitrus dan Preety ugly yang terdahulu melusakan sound malaya utk melawan sound luar yang agak tipikal menyerang malaya..
pertama kali (betulkan kalu silap) kuar TV dalam rancangan HOMEGROWN di 8tv fokus selama setengah jam untuk meet uncle hussain berterus terang tentang diri mereka... NAH! sekali mengakkan bulu roma ku dengan kesayuan vokal Lan secara LIVE! sama beb!! Laannnn sama beb serius lan.. sjubik cam dalam demo.. kalu buat mastering kat moolight studio US pon sama gak sejibik sama live ke rakaman ke... errr sory emo plak.. taja,kudux dan gfat dengan instrument masing2 terus-terusan menyogok masa dan saki baki yang tertinggal membelasah HALUSINASI.... tiga buah lagu kesemuanya utk slot setengah jam tu (akurase,,, dah tak ingat la)....
sekarang Meet Uncle Hussain semakin terbang lagi.... dengan gagah... dengan lagu "LAGU UNTUKMU" menjadi lagu tema untuk projek terbaru 8tv TV series yg bertajuk KAMI... anggaran dalam 2008 mungkin produce KAMI dalam format filem plak...
bulan 7 2007, menyaksikan press conference untuk pelancaran KAMI dengan muzik video LAGU UNTUKMU...
di RUMP JUNGLE ,kuala lumpur.. dan gambar di bawah sedikit sebanyak memberi kisah pada hari kejadian.. aku adalah photographer poyo sanggup ponteng kerja ari tu semata2 utk PC tu...
demi meet Uncle Hussain aku sanggup... ape saja... dengan dibantu rakan2 baru kenal (thanx ae n momon!) aku didekatkan dengan MUH dengan lebey dekat... dan dengan rakus aku berpogo minimum dedepan stage masa MUH wat special performance.. gambo snap skit je.. layan kepala jer lebey..
minimum jer.. bahaya.. pasal ada Michel (wartawan gosip MELODI) kat situ ngan kameraman die.. kalu wat maximum nanti kompem die tuduh MUH merosakkan akhlak muda mudi seperti aku yang sedia baik akhlaknyer.... takper aku simpam power maximum tu kat planet hollywood bulan 9 nanti...
jaga ko.... aku nak espresikan jiwa aku PUAS2!!!
ahmad izham sebagai big boss 8tv datang on that day untuk merasmikan majlis tu dengan wakil Nokia sebagai penaja bersama..serta aku .. tapi aku tak naik kat atas pentas..aku nak gi toilet masa tu..bengang jer izham..
yang ni LAN vokalis dorg.. vokal..fuhhh...
kelas vokalnyer hanya di dalam kereta sahaja... (momon cakap)
*** sentiasa dengar HOT fm sekang...lagu untukmu tiap2 hari kuar katsitu....
** sila selalu lah menyepace kat www.myspace.com/meetunclehussain..
radikal muzikal sayap kiri malaya..... sekain dari saya.. ijat (wartawan gula australis)
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 14-Aug-2007 13:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SERBA UNGU..
|
|
majlis pertunangan di taman seri keramat, kuala lumpur...
baik budaknye...
den soh posing skit jo.. solambo dio posing..torus den snap.. teros edit wat layout..cengginik jadik
tak susah nak soh posing da ni...
terimo kasih pado ae dan razli a.k.a boy... bekoz kojosamo kalian berduo..
pado ae ekau sonang lah den nak soh possing2.. dulu ado amek kolas model2 ko apo?
boy ko malu tapi ensem org nyer...tak sio2 ae dapek ekau..
akher kato timo lah pantun..
kajang pak malau kajang berlipat,
kajang hamba sate kajang...
skian timo kaseh.... semugo kokal sampai pelamin.. jomput den sokali ek.. nak lagi besh,booking la den awal2 amek gambau ekau org sanding nanti..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Aug-2007 13:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DARI REMBAU..... yg dijanjikan..
|
|
nama pasangan : jack dan aisyah
tompeknyo : kg astano rajo, ghombau, nogori smilan...
timo kaceh bebanyak..pasal ekau duo org boleh gak posing2 walapun kono pakso ngan eden..
kopado omak pengantin pon timo kaseh gak bebanyak..
sobab last sekali den dapek bedal lauk makan damai pengantin..
macam den plak yg kawen arituh..
errr.. anak pompuan ado tak acik?
hu..hu..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Jul-2007 17:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
salakan sepang
|
|
seperti yg dijanjikan, nafas hangat dari sepang di sajikan....
kepada cik sahar.. kite g sesama tahun depan yek.. xanavi aku mesti munnang punyelahhh!
|
|
|
|
|